Wednesday, July 20, 2011

isu BERSIH

Alamakkkk! TERlambat plak aku nk update pasal BERSIH nii...(kejap bahasakan diri "penulis",kejap "aku"..biasalahh tu...manusia memang cepat berubah!haha )...maklumlah,aku sibuk sekarang..sampai takda masa nak update..walaupun isu nih dah agak basi,tapi di kesempatan ini aku nak bagi beberapa pandangan mengenai BERSIH,PATRIOTIK dan PERKASA

Sebelum tu, aku nak mention satu perkara. Aku cerita ni atas kesedaran dan pendapat aku. Aku tak berpihak kepada team KUNING atau MERAH.Jadi,silalah baca dengan tenang dan santai.Jangan terpengaruh dengan pendapat aku plak,ini sekadar pendapat.Setiap manusia kan berbeza-beza. Jadi, antara pendapat aku tentang perhimpunan ini adalah:

1.Sebelum perhimpunan ini diadakan....orang kampung aku,pakcik,makcik,tok,nek, dan jiran sebelah nampak risau.Mereka takut negara tercinta ini tidak aman lagi. Macam trauma gituu...lagi-lagi atuk aku and the gang yang hidup di zaman penjajahan.Jadi,jelas perhimpunan ini tidak bagus untuk kesihatan!

2. Perhimpunan pulak dibuat pada hari sabtu,cuti hujung minggu.Lebih baik,cuti hujung minggu tu digunakan untuk memBERSIHkan halaman rumah..barulah tercipta persekitaran yang sihat.Lagi berbaloi kalau keluar berjalan-jalan bersama keluarga,barulah tercipta keluarga bahagia! haha...keluar dengan family takda masa,tapi keluar berhimpun tu ada pulak masa ye?kesian dekat anak-anak yang sedang membesar..

3.Anjing menyalak bukit....SAMA je sebelum perhimpunan dan selepas perhimpunan diadakan..lagi tambah masalah adalah...haha..takpa..sekurang-kurangya tuntutan BERSIH itu ke arah positif..tak tahulah pulak kalau ade pihak yang memperalatkan rakyat dengan perhimpunan ni..mungkin ade agenda tersendiri?tapi,apa-apa pon...ini politik lah beb! macam-macam boleh jadi...kita tunggu PILIHAN RAYA UMUM nanti...siapa benar,siapa salah

4.Boleh menjadikan hubungan member-member goyah.Puncanya,mestilah perbezaan pendapat dan pemahaman..yang sekor kata A! yang sorang lagi kata B! maunya tak bertekak..masing-masing nak TEGAK je..haha..akhirnya,tak bertegur sapa..berlaku perpecahan tu..tak bagus...tak bagus..

5.Satu perkara yang paling aku geruni adalah campur tangan pihak luar..elakkan jadi macam palestin,afghanistan je..negara kita DULU kena jajah pon sebab lebih kurang macam nilaa..asal bergaduh je,mulalah orang luar ambil kesempatan...

6.Bagus juga, BERSIH ni buat tuntutan..jadi,takdalah kerajaan berada dalam zon selesa..hehe..kata "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan"..sebenarnya banyak jugak kepincangan dan yang tidak betul pada kerajaan ni..biasalah,mana ada kerajaan yang sempurna kan?sekurang-kurangnya,keadaan ini meletakkan kerajaan dalam keadaan berjaga-jaga dan sedar akan kepentingan suara rakyat.

7.Aku akan terus mentaati pemimpin aku selagi dia tak menghalang aku menjalankan perintah agama dan menyuruh aku melakukan perkara yang bertentangan dengan islam.Mentaati pemimpin itu kan wajib dalam Islam..perihal dia melakukan dosa,itu antara dia dengan Allah..aku pernah saksikan dia solat dan mentaati perintah Allah..jadi,kita sebagai rakyat kenalah tegur dia dengan cara yang elok...cubalah buat solat hajat berjemaah terbesar di Malaysia..dengan tujuan pemimpin dan rakyat bersatu padu,aman makmur dan sejahtera..barulah GEMPAK beb! barulah macho! hehe

ameeekkkk kauuuu!

pertembungan antara dua pihak : siapa benar?siapa salah?
Luuuuuuu....Fikirlah Sendiri!

saya tak bersalah bang!

semangat apakah ini?

gaya macam nak pergi perang!

fogging manusia...dahsyat!!

sempat lagi makcik ni posing...hahaha

masing-masing muka pasrah je...haha

akibat perhimpunan : berlaku kecederaan

semangat juang betol budak ni! haha

Friday, July 8, 2011

Isu BERSIH : TUNTUTAN

Secara ringkasnya, BERSIH merupakan gabungan NGO yang menuntut pilihan raya secara bersih dan adil.
Antara tuntutan BERSIH adalah :

1.Bersihkan senarai undi

# Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal dunia

# Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang
2. Mereformasikan undi pos

# Semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu tidak dapat berada di dalam kawasan mengundi semasa hari pengundian

# Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi

# Undi pos mesti dijalankan secara telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos

3. Gunakan dakwat kekal

# Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang atau pengundi hantu daripada mengundi beberapa kali

4. Masa kempen minima 21 hari

# Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja

 # Pada tahun 1955, ketika era pemerintahan penjajah,pilihan raya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

# RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding

# Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan

6. Kukuhkan institusi awam

# Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dalam menegakkan undang-undang dan demokrasi.Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas,menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

7. Hentikan rasuah

# Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin miskin.

8. Hentikan politik kotor

#BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor

semua tuntutan BERSIH ke arah yang positif tetapi perhimpunan BERSIH ditentang habis-habisan oleh kerajaan dan NGO,apakah sebabnya?
 kenapa warna kuning dipilih ?

Thursday, July 7, 2011

Masjid

Masjid atau musolla merupakan pusat dan nadi kegiatan ummah. Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadah malah juga sebagai pusat pendidikan,pusat penyebaran dakwah,pusat kegiatan sosial,tempat persinggahan musafir dan banyak lagi.

Dalam konteks seni bina pula, penulis berpendapat masjid atau musolla yang baik haruslah bersifat terbuka iaitu tiada dinding penghalang seperti kebiasaan masjid yang biasa kita lihat dan juga mempunyai unsur alam semulajadi.

Alangkah indahnya ruang musolla itu jika jemaah boleh keluar atau masuk ke dalam ruang solat dari pelbagai arah,bersifat terbuka, dan unsur alam yang ada juga pasti dapat memberi ketenangan jiwa kepada jemaah ketika melakukan ibadah hatta menjalankan aktiviti.

Penulis tiba-tiba tulis entri berkaitan masjid ni sebenarnya sebagai intro. Memandangkan penulis agak sibuk, tak sempat nak update pasal seni bina masjid. Nanti penulis akan tulis lagi entri berkaitan masjid,Insyaallah.


 "Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat 36-37) 

Monday, July 4, 2011

Restoran yang diperbuat daripada buluh di Indonesia

Seni bina ini ialah ICHIBANYA JAPANESE NOODLE HOUSE yang terletak di JAKARTA. Ya! Indonesia. Bagi penulis, Indonesia mempunyai seni bina yang unik. Nanti penulis akan post entri berkaitan seni bina di Indonesia lagi. Apa yang menarik mengenai restoran ini adalah pemiliknya mereka bentuk restoran ini daripada buluh bukan untuk kelihatan UNIK tetapi adalah untuk menjimatkan kos. Kos bahan binaan lain mahal, jadi buluh digunakan sebagai sumber alternatif sebagai bahan binaan utama dalam pembinaan restoran ini. Selain menjimatkan kos, reka bentuk binaan yang dihasilkan 100% daripada buluh ini sebenarnya merupakan hasil binaan yang unik dan lebih kepada unsur alam.




+ Sumber Rujukan-Blog Serius

Kata bukan khayalan


" tugas pertama seorang lelaki adalah menjadi dirinya sendiri "

" kau kena bangga dengan diri kau sekarang,kau kena yakin....."

" kalau kau kena maki,marah....kau angguk je,kau iya kan je...yang penting kau sabar...."


kadang-kadang kita tak sedar, kata-kata yang kita dengar daripada mulut orang sekeliling sebenarnya mengajar kita erti kehidupan.......


Sunday, July 3, 2011

Negara Kita Masih Dijajah...

Saban hari kemajuan ekonomi negara berkembang pesat,saban waktu negara kita berkembang maju tetapi apakah kita sedar negara kita masih dijajah? Isu kenaikan harga barang terus menjadi masalah utama yang membelenggu rakyat.

 Berdasarkan pengalaman penulis hari ini, penulis ingin menjelaskan di sini bahawa negara kita akan terus dijajah oleh rakyat sendiri iaitu golongan KAPITALISME. Kapitalisme bermaksud sistem ekonomi dan sosial yang menjurus ke arah pengumpulan kekayaan dan hanya berpaksikan keuntungan. 

Golongan inilah yang sebenarnya mengawal ekonomi negara dan merupakan salah satu punca kenaikan harga barang. Golongan yang akan terus terhimpit adalah golongan yang berpendapatan rendah.Golongan kaya akan terus kaya,golongan miskin akan terus miskin . 

Baru hari ini penulis sedar akan perkara ini apabila penulis sendiri berdepan dengan situasi tersebut. Sebagai contoh, peruncit akan memborong barang harian pada kuantiti yang banyak di pusat membeli belah ketika jualan murah diadakan. Kemudiannya peruncit akan menyimpan sebahagian besar bekalan tersebut sehingga tiba waktu yang sesuai (cth : musim perayaan,harga minyak naik ) dan apabila sudah tiba waktu yang sesuai  barulah sebahagian simpanan bekalan tersebut dijual. Pada ketika inilah, penjual mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

Penulis bukanlah arif mengenai bidang ekonomi,sekadar ingin berkongsi ilmu yang penulis dapat daripada pengalaman hidup penulis. Sebelum ini penulis sedia maklum mengenai kapitalisme ini, cuma kini penulis baru sedar dan belajar hasil pemerhatian penulis sendiri.
" belajar bukan hanya pada buku tetapi aku juga belajar daripada kehidupan "