Sunday, July 3, 2011

Negara Kita Masih Dijajah...

Saban hari kemajuan ekonomi negara berkembang pesat,saban waktu negara kita berkembang maju tetapi apakah kita sedar negara kita masih dijajah? Isu kenaikan harga barang terus menjadi masalah utama yang membelenggu rakyat.

 Berdasarkan pengalaman penulis hari ini, penulis ingin menjelaskan di sini bahawa negara kita akan terus dijajah oleh rakyat sendiri iaitu golongan KAPITALISME. Kapitalisme bermaksud sistem ekonomi dan sosial yang menjurus ke arah pengumpulan kekayaan dan hanya berpaksikan keuntungan. 

Golongan inilah yang sebenarnya mengawal ekonomi negara dan merupakan salah satu punca kenaikan harga barang. Golongan yang akan terus terhimpit adalah golongan yang berpendapatan rendah.Golongan kaya akan terus kaya,golongan miskin akan terus miskin . 

Baru hari ini penulis sedar akan perkara ini apabila penulis sendiri berdepan dengan situasi tersebut. Sebagai contoh, peruncit akan memborong barang harian pada kuantiti yang banyak di pusat membeli belah ketika jualan murah diadakan. Kemudiannya peruncit akan menyimpan sebahagian besar bekalan tersebut sehingga tiba waktu yang sesuai (cth : musim perayaan,harga minyak naik ) dan apabila sudah tiba waktu yang sesuai  barulah sebahagian simpanan bekalan tersebut dijual. Pada ketika inilah, penjual mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

Penulis bukanlah arif mengenai bidang ekonomi,sekadar ingin berkongsi ilmu yang penulis dapat daripada pengalaman hidup penulis. Sebelum ini penulis sedia maklum mengenai kapitalisme ini, cuma kini penulis baru sedar dan belajar hasil pemerhatian penulis sendiri.
" belajar bukan hanya pada buku tetapi aku juga belajar daripada kehidupan "

No comments:

Post a Comment