Sunday, November 6, 2011

creativity is the ability to generate alternatives and the knowledge or experience to select the best-edward de bono

Thursday, August 11, 2011

definisi senibina

Baiklah,berdasarkan entri aku sebelum ni ini kisah aku & senibina aku jelaskan definisi senibina mengikut pemahaman aku.

Sememangnya sukar untuk aku terangkan dengan spesifik apa itu senibina. Secara ringkasnya, yang aku pasti senibina itu melibatkan binaan. Seni itu diperlukan sebelum,ketika dan selepas proses binaan itu dilakukan. Kalau takde seni boleh ke jadi arkitek?

Mungkin boleh,tetapi sukar.Bagi aku seni itu berkait rapat dengan daya kreativiti yang merupakan elemen penting dalam dunia senibina.Jadi, sudah terjawablah persoalan kenapa rumah setinggan, reban ayam dekat kampung dan rumah kontena itu bukan senibina. Senibina itu perlukan aturan. Samalah seperti kehidupan kita.Kan biasa kita dengar acrhitecture is about life .

Bagi aku, senibina itu merupakan keperluan manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Memey la manusia tu perlukan air,oksigen dan makanan je untuk hidup tapi senibina diperlukan untuk membantu manusia hidup,tempat untuk berlindung,bersosial,beraktiviti,berkomunikasi, dan juga membiak!hahaha...cuba bayangkan manusia tanpa senibina...apa yang terlintas dalam otak korang?
Luuuu pikirlahhh sendiri!

Tadi aku ada bagitawu kan senibina tu perlukan seni atau daya kreativiti..dahtu TERA AMATA tu pandai pulak aku kategorikan senibina ye?takda pulak aku nampak TERA AMATA tu berseni.Lebih kurang macam pondok yang aku buat masa aku kecik-kecik dulu je! Hahaha...orang asli dulu-dulu ade ke belajar dan tawu ke nak apply kan elemen symmetry,dynamic,buat foundation la,kena ade form & space,proses,humidity of air,idea,design,architecture movement...bla...bla...bla...semua elemen yang kita belajar tu?takdeeee dik oiiii~

Apa yang dorang tawu, asalkan binaan dorang tu boleh bagi perlindungan daripada binatang buas dan sebagai tempat berlindung dari faktor cuaca.Sebab itulah definisi senibina ini berubah mengikut zaman dan perkembangan teknologi.Hah! dah masuk bab teknologi pulak.Kan aku dah kata,senibina itu LUAS sebab ia melibatkan manusia dan alam.

Pendapat aku, elemen dan perkara yang kita belajar itu adalah sebagai guide dalam proses pembelajaran kita.Jadi takdelah nanti hilang arah tujuan dan berpendapat masing-masing betul.Itu cuma teori yang kita belajar supaya kita lebih paham apa yang diperlukan dalam senibina.

Belum lagi aku cerita kisah ratu balqis yang mana ketika beliau datang berjumpa Nabi Sulaiman.Bagaimanalah agaknya hebat istana nabi Sulaiman sampaikan ratu balqis tertipu kerana beliau sangkakan lantai yang dipijaknya itu air padahal ianya kaca.Atas dasar kebijaksanaan nabi Sulaiman, ego ratu balqis tunduk dan terus menjadi isteri nabi Sulaiman. Lihat! keindahan senibina itu sendiri telah tercatat dalam sejarah para anbia.Betapa beruntungnya,kita berada dalam dunia senibina.

Walauapapun yang penting dalam senibina ini adalah tujuan binaan itu dibuat. Jadi ianya mestilah bermula daripada isu atau masalah.Itu apa yang aku belajar selama ini.Kita mestilah menyelesaikan masalah bukan menambah lagi masalah.Sebab itu, selalu kita dengar design fail ! Puncanya,penyelesaian masalah yang secara tidak sedar menambah lagi masalah.

Tetapi apa pun,begitu indah dunia senibina ianya hanya bersifat sementara.Hasil yang indah dan baik pasti dipuji sepanjang zaman.Manakala hasil yang kurang baik pasti akan di kritik dan dihina.Lumrah dunia tiada yang sempurna.

Sebenarnya,banyak lagi yang boleh di definisi kan apa itu senibina. Lain orang lain pendapat.
Manusia kan berbeza-beza"
Ini cuma pandangan ringkas aku,apa itu dunia senibina.

Wednesday, August 10, 2011

Ini kisah aku & seni bina....

mengapa seni bina yang dipilih?

soalan ape tu?bunyi macam senang nak dijawab,tapi separuh jiwaku pergi nak jawab soalan ni.hahaha...dah lama sebenarnya pensyarah aku (en.firdaus) bagi soalan ni dan soalan ni la soalan wajib time induction dengan senior dulu. Entah apa aku tibai jawab mase senior tanya pon aku dah lupa. Nampak sangat macam aku tak yakin pilih senibina ni kan??hahaha..tapi sebenarnya tidak. Sememangnya,inilah apa yang aku rancangkan semenjak dari zaman persekolahan aku dulu.


******************************************

Mengimbas kembali zaman kanak-kanak,tiap-tiap kali cikgu tanya APA CITA-CITA KAMU?  (soalan bosan),tiap-tiap kali itulah jawapan aku berbeza-beza. Kejap nak jadi chef lah,lawyer,saintis,bla..bla..haha
Aku tak pernah pon ade cita-cita (ini tipu) dan tak tahu nak jadi apa bila dah besar  masa aku zaman kanak-kanak dulu. Apa yang aku tahu datang sekolah sebab ibu ayah suruh aku belajar pandai-pandai dapat keputusan cemerlang..ARKITEK??langsong tak tercapai akal pendek aku terpikir nak jadi arkitek. Dulu aku memang suka main pondok-pondok,mungkin ade lah kaitan dengan dunia seni bina ni kot...haha. 
KENAPA CITA-CITA AKU SELALU BERUBAH?sebab aku tak tahu cita-cita apa yang sesuai dengan minat,bakat dan jiwa aku.SOUL!
p/s :cita-cita yang tak pernah aku sebut masa zaman sekolah dulu adalah engineer .Sebab aku tak paham engineer tu apa dan ramai sangat kawan-kawan  aku dulu nak sangat jadi engineer.Alasan dorang sebab gaji besar! Yelaahh..dulu masa zaman kanak-kanak kan semua mata duitan! Betol tak?haha... Jadi tak seronoklah kalau ramai sangat nak jadi engineer,sebab tu aku nak cari cita-cita yang lain dari yang lain.Kalau semua nak jadi engineer,sape pulak nak jadi arkitek,ye tak?

****************************************************

Segalanya bermula disini.....syukur ke hadrat ilahi aku mendapat tawaran belajar ke MRSM Pontian untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 4, sekolah berasrama penuh yang pernah menjadi idaman aku sejak sekolah rendah.Dekat sekolah ni lah aku mula tercari-cari apa pekerjaan yang sesuai sebagai jalan hidup aku.Maklumlah, dalam proses kematangan..kena pikir masa depan beb! haha..kalau ikut aliran, aku ambil aliran sains hayat yang lebih ke arah bidang perubatan,kimia dan fizik. Jadi masa tu aku dalam dilema la sama ada aku akan pergi ke arah bidang perubatan atau bidang seni bina yang aku pasti bersesuaian dengan "minat,bakat dan jiwa aku.SOUL!"(sekali lagi..haha)Jadi lepas tu,aku ambik keputusan untuk menambah subjek tambahan pendidikan seni sebagai satu kelebihan. Andai kata keputusan aku dalam bidang biologi tidak menyebelahi, aku tekad mahu jadikan bidang senibina sebagai jalan hidup aku dan inilah yang aku tengah lakukan sekarang. Sebaik keputusan SPM 2008 keluar,keputusan subjek biologi kurang cemerlang dan aku terus membuat keputusan untuk memilih senibina sebagai jalan hidup aku.
Bagai mimpi jadi kenyataan! 

*****************************************************

Dugaan.......Sebenarnya, ibu ayah aku kurang bersetuju dengan pilihan yang aku buat. Dorang nak aku jadi  doktor atau cikgu. Menambah lagi kekecewaan dorang, aku dapat tawaran ke Matrikulasi Pahang dalam jurusan sains tapi aku buat tak tawu je...medical check up tak buat,surat tawaran pun aku letak dalam almari je,borang tak isi walaupun masa tu keputusan UPU belum lagi keluar sama ada aku layak ke universiti atau tak. Hati ni memang dah nekad dah nak ambik senibina.Apa nak jadi pun jadilah!haha..Selang beberapa minggu,aku dapat tawaran ke UITM Seri Iskandar,Perak dalam jurusan IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SENI BINA. Alhamdulillah, setakat ini aku berjaya buktikan dekat kedua ibu ayah aku bahawa pilihan aku tepat dengan keputusan peperiksaan yang baik setiap kali peperiksaan.Yang menariknya, dorang siap dah tempah lagi suruh aku designkan rumah untuk dorang nanti! =)

p/s : aku sebenarnya tak tahu langsung kos yang aku ambik ni sebenarnya degree. Mati-mati aku ingatkan diploma!Sebab,sebelum ni aku ingatkan typing error. Yelaah..mana ada lepas SPM terus degree kan?Sampailah minggu mahasiswa,itupun abang fasilitator yang bagitawu aku ni mahasiswa ijazah!
TERNGANGA GUWA!hahaha...
so,kepada sape-sape yang kata aku pilih kos ni sebab IJAZAH SARJANA MUDA, langsung tidak betul okeyhhhh~

*********************************************************

bersambung........


Tuesday, August 2, 2011

Masjid al irsyad, Indonesia



Masjid al irsyad terletak di Parahyangan,Barat Jawa,Indonesia. Masjid ini bercirikan rekabentuk kontemporari. 


Kali pertama aku lihat rekabentuk masjid ini,aku dah tertarik. 


Dengan rekabentuk tanpa kubah yang biasa kita lihat pada masjid di Malaysia,dinding yang dihiasi tulisan khat kufi (aku ada post entri berkaitan kufi sebelum ini ),terdapat elemen alam semulajadi, ringkas dan kemas.

Jelas disini,tanpa kubah pun ia tetap berdiri teguh sebagai musolla.Lagipun, kubah bukanlah elemen wajib yang perlu ada pada setiap musolla.


Berdasarkan pemerhatian aku, terdapat juga sedikit kelemahan yang ada pada senibina ini. Biasalah tu, NO PERFECT DESIGN. 

Yang pertama, dalam rekabentuk masjid ini tidak dipisahkan ruang musolla untuk jemaah wanita dan lelaki. Jadi,pasti menimbulkan kesulitan kepada jemaah wanita. Jalan penyelesaian yang telah dilakukan : partition di letakkan bagi memisahkan jemaah. Kegagalan : partition yang diletakkan pasti menjejaskan sedikit sebanyak keindahan reka bentuk yang sedia ada pada masjid ini.


Yang kedua, jemaah tiada pilihan untuk masuk ke ruang musolla dari pelbagai arah.Jemaah terpaksa mengikut laluan yang telah dipisahkan untuk jemaah lelaki dan wanita.Ciri ini biasa kita lihat pada kebanyakkan masjid. Bagi aku,kebebasan jemaah untuk keluar masuk dari mana-mana pintu atau ruang keluar masuk lebih baik berbanding diberi pilihan hanya mengikut satu laluan sahaja.Ini pendapat aku. PENDAPAT ANDA?
laluan keluar masuk jemaah

mimbar utama

bird eye view

selepas bersolat jika berehat disini sambil berzikir pasti menenangkan jiwa

bentuk sfera dengan kalimah ALLAH terukir
pandangan luar : laluan pejalan kaki ke tandas dan tempat mengambil wudhuk


menara masjid

tandas yang direka cantik dan kemas

ruang musolla



Wednesday, July 20, 2011

isu BERSIH

Alamakkkk! TERlambat plak aku nk update pasal BERSIH nii...(kejap bahasakan diri "penulis",kejap "aku"..biasalahh tu...manusia memang cepat berubah!haha )...maklumlah,aku sibuk sekarang..sampai takda masa nak update..walaupun isu nih dah agak basi,tapi di kesempatan ini aku nak bagi beberapa pandangan mengenai BERSIH,PATRIOTIK dan PERKASA

Sebelum tu, aku nak mention satu perkara. Aku cerita ni atas kesedaran dan pendapat aku. Aku tak berpihak kepada team KUNING atau MERAH.Jadi,silalah baca dengan tenang dan santai.Jangan terpengaruh dengan pendapat aku plak,ini sekadar pendapat.Setiap manusia kan berbeza-beza. Jadi, antara pendapat aku tentang perhimpunan ini adalah:

1.Sebelum perhimpunan ini diadakan....orang kampung aku,pakcik,makcik,tok,nek, dan jiran sebelah nampak risau.Mereka takut negara tercinta ini tidak aman lagi. Macam trauma gituu...lagi-lagi atuk aku and the gang yang hidup di zaman penjajahan.Jadi,jelas perhimpunan ini tidak bagus untuk kesihatan!

2. Perhimpunan pulak dibuat pada hari sabtu,cuti hujung minggu.Lebih baik,cuti hujung minggu tu digunakan untuk memBERSIHkan halaman rumah..barulah tercipta persekitaran yang sihat.Lagi berbaloi kalau keluar berjalan-jalan bersama keluarga,barulah tercipta keluarga bahagia! haha...keluar dengan family takda masa,tapi keluar berhimpun tu ada pulak masa ye?kesian dekat anak-anak yang sedang membesar..

3.Anjing menyalak bukit....SAMA je sebelum perhimpunan dan selepas perhimpunan diadakan..lagi tambah masalah adalah...haha..takpa..sekurang-kurangya tuntutan BERSIH itu ke arah positif..tak tahulah pulak kalau ade pihak yang memperalatkan rakyat dengan perhimpunan ni..mungkin ade agenda tersendiri?tapi,apa-apa pon...ini politik lah beb! macam-macam boleh jadi...kita tunggu PILIHAN RAYA UMUM nanti...siapa benar,siapa salah

4.Boleh menjadikan hubungan member-member goyah.Puncanya,mestilah perbezaan pendapat dan pemahaman..yang sekor kata A! yang sorang lagi kata B! maunya tak bertekak..masing-masing nak TEGAK je..haha..akhirnya,tak bertegur sapa..berlaku perpecahan tu..tak bagus...tak bagus..

5.Satu perkara yang paling aku geruni adalah campur tangan pihak luar..elakkan jadi macam palestin,afghanistan je..negara kita DULU kena jajah pon sebab lebih kurang macam nilaa..asal bergaduh je,mulalah orang luar ambil kesempatan...

6.Bagus juga, BERSIH ni buat tuntutan..jadi,takdalah kerajaan berada dalam zon selesa..hehe..kata "rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan"..sebenarnya banyak jugak kepincangan dan yang tidak betul pada kerajaan ni..biasalah,mana ada kerajaan yang sempurna kan?sekurang-kurangnya,keadaan ini meletakkan kerajaan dalam keadaan berjaga-jaga dan sedar akan kepentingan suara rakyat.

7.Aku akan terus mentaati pemimpin aku selagi dia tak menghalang aku menjalankan perintah agama dan menyuruh aku melakukan perkara yang bertentangan dengan islam.Mentaati pemimpin itu kan wajib dalam Islam..perihal dia melakukan dosa,itu antara dia dengan Allah..aku pernah saksikan dia solat dan mentaati perintah Allah..jadi,kita sebagai rakyat kenalah tegur dia dengan cara yang elok...cubalah buat solat hajat berjemaah terbesar di Malaysia..dengan tujuan pemimpin dan rakyat bersatu padu,aman makmur dan sejahtera..barulah GEMPAK beb! barulah macho! hehe

ameeekkkk kauuuu!

pertembungan antara dua pihak : siapa benar?siapa salah?
Luuuuuuu....Fikirlah Sendiri!

saya tak bersalah bang!

semangat apakah ini?

gaya macam nak pergi perang!

fogging manusia...dahsyat!!

sempat lagi makcik ni posing...hahaha

masing-masing muka pasrah je...haha

akibat perhimpunan : berlaku kecederaan

semangat juang betol budak ni! haha

Friday, July 8, 2011

Isu BERSIH : TUNTUTAN

Secara ringkasnya, BERSIH merupakan gabungan NGO yang menuntut pilihan raya secara bersih dan adil.
Antara tuntutan BERSIH adalah :

1.Bersihkan senarai undi

# Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal dunia

# Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang
2. Mereformasikan undi pos

# Semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu tidak dapat berada di dalam kawasan mengundi semasa hari pengundian

# Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi

# Undi pos mesti dijalankan secara telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos

3. Gunakan dakwat kekal

# Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang atau pengundi hantu daripada mengundi beberapa kali

4. Masa kempen minima 21 hari

# Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja

 # Pada tahun 1955, ketika era pemerintahan penjajah,pilihan raya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

# RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding

# Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan

6. Kukuhkan institusi awam

# Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dalam menegakkan undang-undang dan demokrasi.Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas,menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

7. Hentikan rasuah

# Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin miskin.

8. Hentikan politik kotor

#BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor

semua tuntutan BERSIH ke arah yang positif tetapi perhimpunan BERSIH ditentang habis-habisan oleh kerajaan dan NGO,apakah sebabnya?
 kenapa warna kuning dipilih ?

Thursday, July 7, 2011

Masjid

Masjid atau musolla merupakan pusat dan nadi kegiatan ummah. Masjid bukan sahaja berfungsi sebagai tempat beribadah malah juga sebagai pusat pendidikan,pusat penyebaran dakwah,pusat kegiatan sosial,tempat persinggahan musafir dan banyak lagi.

Dalam konteks seni bina pula, penulis berpendapat masjid atau musolla yang baik haruslah bersifat terbuka iaitu tiada dinding penghalang seperti kebiasaan masjid yang biasa kita lihat dan juga mempunyai unsur alam semulajadi.

Alangkah indahnya ruang musolla itu jika jemaah boleh keluar atau masuk ke dalam ruang solat dari pelbagai arah,bersifat terbuka, dan unsur alam yang ada juga pasti dapat memberi ketenangan jiwa kepada jemaah ketika melakukan ibadah hatta menjalankan aktiviti.

Penulis tiba-tiba tulis entri berkaitan masjid ni sebenarnya sebagai intro. Memandangkan penulis agak sibuk, tak sempat nak update pasal seni bina masjid. Nanti penulis akan tulis lagi entri berkaitan masjid,Insyaallah.


 "Nur hidayah petunjuk Allah bersinar dengan nyata (terutama sekali) di masjid sebagai tempat ibadat yang diperintah oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat memuji Allah pada waktu pagi dan petang. (Ibadat dikerjakan oleh) orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat; mereka takut hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan." – (surah Al-Nur, ayat 36-37) 

Monday, July 4, 2011

Restoran yang diperbuat daripada buluh di Indonesia

Seni bina ini ialah ICHIBANYA JAPANESE NOODLE HOUSE yang terletak di JAKARTA. Ya! Indonesia. Bagi penulis, Indonesia mempunyai seni bina yang unik. Nanti penulis akan post entri berkaitan seni bina di Indonesia lagi. Apa yang menarik mengenai restoran ini adalah pemiliknya mereka bentuk restoran ini daripada buluh bukan untuk kelihatan UNIK tetapi adalah untuk menjimatkan kos. Kos bahan binaan lain mahal, jadi buluh digunakan sebagai sumber alternatif sebagai bahan binaan utama dalam pembinaan restoran ini. Selain menjimatkan kos, reka bentuk binaan yang dihasilkan 100% daripada buluh ini sebenarnya merupakan hasil binaan yang unik dan lebih kepada unsur alam.




+ Sumber Rujukan-Blog Serius

Kata bukan khayalan


" tugas pertama seorang lelaki adalah menjadi dirinya sendiri "

" kau kena bangga dengan diri kau sekarang,kau kena yakin....."

" kalau kau kena maki,marah....kau angguk je,kau iya kan je...yang penting kau sabar...."


kadang-kadang kita tak sedar, kata-kata yang kita dengar daripada mulut orang sekeliling sebenarnya mengajar kita erti kehidupan.......


Sunday, July 3, 2011

Negara Kita Masih Dijajah...

Saban hari kemajuan ekonomi negara berkembang pesat,saban waktu negara kita berkembang maju tetapi apakah kita sedar negara kita masih dijajah? Isu kenaikan harga barang terus menjadi masalah utama yang membelenggu rakyat.

 Berdasarkan pengalaman penulis hari ini, penulis ingin menjelaskan di sini bahawa negara kita akan terus dijajah oleh rakyat sendiri iaitu golongan KAPITALISME. Kapitalisme bermaksud sistem ekonomi dan sosial yang menjurus ke arah pengumpulan kekayaan dan hanya berpaksikan keuntungan. 

Golongan inilah yang sebenarnya mengawal ekonomi negara dan merupakan salah satu punca kenaikan harga barang. Golongan yang akan terus terhimpit adalah golongan yang berpendapatan rendah.Golongan kaya akan terus kaya,golongan miskin akan terus miskin . 

Baru hari ini penulis sedar akan perkara ini apabila penulis sendiri berdepan dengan situasi tersebut. Sebagai contoh, peruncit akan memborong barang harian pada kuantiti yang banyak di pusat membeli belah ketika jualan murah diadakan. Kemudiannya peruncit akan menyimpan sebahagian besar bekalan tersebut sehingga tiba waktu yang sesuai (cth : musim perayaan,harga minyak naik ) dan apabila sudah tiba waktu yang sesuai  barulah sebahagian simpanan bekalan tersebut dijual. Pada ketika inilah, penjual mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

Penulis bukanlah arif mengenai bidang ekonomi,sekadar ingin berkongsi ilmu yang penulis dapat daripada pengalaman hidup penulis. Sebelum ini penulis sedia maklum mengenai kapitalisme ini, cuma kini penulis baru sedar dan belajar hasil pemerhatian penulis sendiri.
" belajar bukan hanya pada buku tetapi aku juga belajar daripada kehidupan "

Wednesday, June 29, 2011

Hati aku tidak tenang

Hari ini sekali lagi hati penulis memberontak tidak tenang . Entah mana silapnya, ada sahaja perkara yang tidak kena pada mata penulis. Sehinggakan,penulis acap kali bersikap kasar terhadap ibu dan ayah. Penulis tidak berniat langsung untuk melakukan perkara sedemikian rupa.

" Ibuuuu...ayahhhh...tolonglah mengerti perasaanku. Bukan niatku hendak melukakan hati ibu dan ayah tapi hati ini bagai ada sesuatu yang hendak dilepaskan. Hati ini sentiasa memberontak..maafkan aku...ibuuu..ayahh..". Mungkin di sebabkan masalah yang penulis hadapi menyebabkan berlaku sedikit tekanan perasaan. Terlalu banyak perkara yang seringkali penulis fikirkan. Disebabkan itu, kadangkala penulis berkhayal lemas dalam dunia sendiri. Sejak dari kecil, penulis sememangnya sukar berkongsi masalah yang penulis hadapi. Penulis lebih suka menyelesaikan masalah itu sendiri atau cuba pendamkan di dalam hati sehingga masalah itu luput dalam ingatan.

 Penulis akur manusia itu tidak sempurna. Penulis juga mengaku penulis semakin hari semakin jauh dariNYA tetapi penulis sedar hanya SOLAT yang berjaya membuatkan hati penulis tenang semula.=)


          "SYUKUR AKU MASIH HIDUP,DIBERIKAN NIKMAT BERNAFAS"
                                ~thank you ALLAH...........

Monday, June 27, 2011

Kemahiran atau Idea ?


Seperti tajuk entri di atas, penulis ingin menimbulkan persoalan. Antara KEMAHIRAN (skill) dan IDEA YANG BERNAS, yang mana satukah yang lebih penting dalam bidang Seni Bina ??
Di sini penulis bagi contoh dua (2) situasi :

SITUASI 1
Ahmad berkebolehan dan sangat mahir dalam kemahiran teknikal seperti menggunakan software grafik (cth: autocad,sketchup,photoshop,3d max ) TETAPI  dari segi mengeluarkan idea yang bernas untuk mereka bentuk sesuatu, Ahmad tidak mahir.


SITUASI 2
Ani sangat berkebolehan dalam mengeluarkan idea-idea yang bernas. Pendek kata, idea Ani memang cantik menarik tertarik kau memang debommmlah TETAPI dari segi kemahiran teknikal Ani agak lemah dan tidak setanding Ahmad.

Kesimpulannya, antara dua (2) situasi di atas yang mana satukah yang lebih relevan atau lebih penting di dalam dunia seni bina?


Sunday, June 19, 2011

K.u.f.i.

Indahnya seni bina itu jika tulisan Khat Kufi diabadikan bersamanya. Memang cantik dan ada daya tarikan yang tersendiri. Nama "kufi" itu sempena nama sebuah bandar iaitu "kufah" yang terletak di Mesopotamia.  Penulis lebih tertarik kepada seni khat kufi murabba''(squared kufi) yang terdiri daripada garis-garis lurus horizontal yang dihubungkan dengan garis-garis vertical hingga tercipta sudut atau bersiku-siku. Bagi penulis, seni kufi ini mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Dengan izin Allah suatu hari nanti penulis ingin pelajari dan mengaplikasikan seni khat kufi dalam design penulis. SANGAT MENARIK! 
tulisan kufi pada sebentuk cincin


seni kufi yang diabadikan pada seni bina masjid
ayat suci al-quran dalam bentuk tulisan kufi
sesuai dijadikan hiasan