Friday, July 8, 2011

Isu BERSIH : TUNTUTAN

Secara ringkasnya, BERSIH merupakan gabungan NGO yang menuntut pilihan raya secara bersih dan adil.
Antara tuntutan BERSIH adalah :

1.Bersihkan senarai undi

# Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan 'pengundi hantu' seperti orang yang telah meninggal dunia

# Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang
2. Mereformasikan undi pos

# Semua pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu tidak dapat berada di dalam kawasan mengundi semasa hari pengundian

# Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi

# Undi pos mesti dijalankan secara telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos

3. Gunakan dakwat kekal

# Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang atau pengundi hantu daripada mengundi beberapa kali

4. Masa kempen minima 21 hari

# Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja

 # Pada tahun 1955, ketika era pemerintahan penjajah,pilihan raya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil

# RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding

# Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan

6. Kukuhkan institusi awam

# Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dalam menegakkan undang-undang dan demokrasi.Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas,menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.

7. Hentikan rasuah

# Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin miskin.

8. Hentikan politik kotor

#BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor

semua tuntutan BERSIH ke arah yang positif tetapi perhimpunan BERSIH ditentang habis-habisan oleh kerajaan dan NGO,apakah sebabnya?
 kenapa warna kuning dipilih ?

No comments:

Post a Comment